Pengenalan Minimalism

Apa Itu Minimalism?

Minimalism bukanlah perkara baru. Ia cukup sinonim dengan orang Jepun.

Lihat saja gambar rumah orang Jepun. Tiada perabot. Kerana tiada barang berlebihan.

Minimalis bukan bermakna tiada perabot. Ia merupakan hidup dengan keperluan. Bukan kehendak.

Keperluan setiap manusia pula berbeza.

Faiz perlu 1 kereta.

Farhan pula memerlukan 2; 1 untuk dia pergi bekerja, 1 lagi diguna oleh isterinya di rumah untuk mengambil hantar anak ke sekolah.

Fahmi memilih untuk menaiki train, dan grab. Belum keperluan lagi katanya.

Fendi memiliki restoran. Di dapurnya penuh dengan peralatan yang diperlukan untuk memasak pelbagai makanan.

Faisal masih bujang. Tidak perlu bilangan periuk sebanyak Fendi.

Ini baru serba sedikit pengenalan mengenai minimalis- antara keperluan dan kehendak.


Previous Post

«

Next Post